
Wahai Peminat Kristal Hotfix dan Penyulam Sekalian,
Saya mempunyai pengakuan yang ingin dibuat…
Semenjak penglibatan saya dalam dunia sulaman semenjak 21 tahun yang lepas, saya telah didedahkan dengan pelbagai teknik cara menampal kristal hotfix. Tetapi dalam kesemua kaedah dan teknik yang dipelajari, saya dapati terdapat satu teknik menampal kristal hotfix industri sulaman negara jiran yang paling efektif untuk diguna pakai dengan kos yang paling murah, pantas, dan sungguh berkesan.
Dan kini saya akan menunjukkan anda secara jelas dan terperinci apakah teknik menampal hotfix yang saya dimaksudkan itu.
Tetapi, sebagai permulaan, mungkin anda akan bertanya,
“Kenapa Perlu Guna Teknik Tampalan Hotfix Saya?”
Baiklah, berikut adalah sebabnya…

- Tidak memerlukan kos yang tinggi untuk bahan-bahannya.
- Langsung tidak menggunakan elektrik.
- Boleh diaplikasikan terus sama ada pada fabrik yang belum dipenuhi dengan sulam atau fabrik yang telah dipenuhi dengan aksesori sulaman lain.
- Sangat fleksibel untuk anda aplikasikan pada fabrik tanpa batasan.
- Sangat mudah mengaplikasikannya pada apa jua lakaran dan corak yang anda lukiskan pada fabrik anda.
- Kristal melekat kukuh pada fabrik hanya dalam tempoh 5 saat.
- Kristal hotfix yang telah dilekatkan tidak akan tertanggal biarpun anda mengkuisnya sejurus selepas menampalnya.
- Risiko fabrik terbakar adalah sifar.
- Risiko kerugian kristal hotfix ketika proses menampal dilakukan terutamanya bagi yang menggunakan Swarovski dapat dielakkan.
- Risiko kerugian kristal hotfix berjelaga atau hitam dapat dielakkan.
- Proses tampalan dapat disiapkan dengan pantas terutamanya bagi penyulam yang ingin menghiasi rekaan fabrik sulaman mereka pada waktu-waktu kecemasan.
Jadi Ini Sebenarnya Berkaitan Apa?
Sepanjang pengalaman saya mengajar para peserta dalam kemahiran berasaskan sulaman sama ada sulaman manik, sulaman riben, sulaman tangan mahupun sulaman kerawang.
Majoriti daripada peserta tidak tahu menampal hotfix dengan betul dan kemas.
Dan apabila mereka melakukan kaedah menampal kristal hotfix yang saya ajarkan sewaktu bengkel tersebut, barulah mereka sedar bahawa sebenarnya terdapat kaedah yang paling mudah dan pantas serta menjimatkan kos untuk menampal kristal hotfix untuk apa jua jenis fabrik.
Tidak kira sama ada fabrik tersebut telah disulam terlebih dahulu ataupun fabrik kosong. Malah mereka sangat suka dan mempraktikkannya untuk apa jua aksesori sulaman yang mereka hasilkan.
Dan sekarang… anda berpeluang untuk bersama-sama mempelajarinya juga.

Saya akan menunjukkan anda secara jelas langkah demi langkah bagaimana untuk menampal Hotfix pada fabrik menggunakan teknik unik yang saya gunakan secara VIDEO
Jika anda seperti saya, pastinya anda tidak mahu mencuba pelbagai teknik menampal kristal hotfix, mendengar saranan orang dengan membeli itu dan membeli ini, menghabiskan duit beratusan ringgit … tanpa sebenar-benarnya mengetahui yang mana satu teknik dan cara berkesan, betul tak?
Kebenarannya, jika anda melihat kaedah yang ditunjukkan ini, anda akan menyelesaikan segala permasalahan dan kebuntuan anda sebelum ini…
… sebagai buktinya lihat video di bawah bagaimana sekelip mata sahaja kristal hotfix telah melekat dan tidak tertanggal biarpun dikuis dengan jari..

Like this to reveal the video demo.

- Video 01 – Pengenalan.
- Video 02 – Ketahui 4 Kaedah Menampal Hotfix.
- Video 03 – Kaedah Menampal Kristal Hotfix Menggunakan Press Machine.
- Video 04 – Kaedah Menampal Kristal Hotfix Menggunakan Seterika.
- Video 05 – Kaedah Menampal Kristal Hotfix Menggunakan Penyepit.
- Video 06 – Kaedah Menampal Kristal Hotfix Menggunakan *****.
- Video 07 – Bahan-Bahan Untuk Menampal Kristal Hotfix Menggunakan *****.
- Video 08 – Langkah Demi Langkah Menampal Kristal Hotfix Menggunakan *****.
- Video 09 – Tips Menampal Kristal Hotfix Menggunakan ******.
- Video 10 – Kesimpulan.
Jadi Apa Kelebihannya Kesemua Video ini?

- Kesemua 10 video BOLEH DIMUAT TURUNatau anda memilih untuk menonton secara online sahaja.
- Video dirakam dalam kualiti HDD.
- Video boleh dimain terus dari PC anda. Hanya download dan mainkan sahaja di dalam PC anda
- Tidak perlu perakam DVD untuk memainkannya.
- Apa jua updates untuk produk ini adalah percuma untuk anda
- Anda boleh download video pada bila-bila masa jika video sebelumnya hilang atau tercicir dari hard disk PC anda.
- Tiada tarikh luput untuk anda memuat turun video.

“Jaminan Kami.. Selepas Mempelajari Teknik Ini, Anda TIDAK AKAN MENGGUNAKAN TEKNIK LAIN LAGI Untuk Menampal Kristal Hotfix Anda Untuk Apa Jua Jenis Fabrik Fabrik Sama Sudah Dihiasi Dengan Rekaan Sulaman Ataupun Fabrik Polos!”
